Cinta
Posted September 11, 2008
on:- In: articles | hadith | islamic resource | mahabbah
- Leave a Comment
Kata Sahl bin ‘Abdullah:
Tanda cinta kepada Allah swt ialah cintakan al-Qur’an.
Tanda cintakan al-Qur’an adalah cintakan Nabi s.a.w.
Tanda cintakan Nabi s.a.w. adalah cintakan sunnah.
Tanda cintakan Allah swt, cintakan al-Qur’an, cintakan Nabi s.a.w. dan cintakan sunnah adalah cintakan akhirat.
Tanda cintakan akhirat adalah cintakan diri sendiri.
Tanda cintakan diri sendiri adalah bencikan dunia.
Tanda bencikan dunia:
Tidak mengambilnya melainkan sekadar untuk bekalan dan kecukupan.
Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya apabila Allah menyintai seseorang hamba, Dia akan memanggil Jibril lalu bertitah: Sesungguhnya Aku cintakan seseorang, hendaklah kamu menyintainya. Sabda Nabi s.a.w.: Kemudian Jibril pun menyintai orang itu dan menyeru penghuni langit dengan mengatakan: Sesungguhnya Allah menyintai seseorang, hendaklah kamu semua menyintainya. Kemudian penghuni langit juga menyintainya. Kemudian manusia di bumi terbuka hati untuk menerimanya. Apabila Dia murka kepada seseorang hamba, Dia akan memanggil Jibril lalu bertitah: Sesungguhnya Aku murka kepada seseorang, maka hendaklah kamu benci kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.: Kemudian Jibril pun membencinya dan menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah murka kepada seseorang, hendaklah kamu juga membenci orang itu. Kemudian semua penghuni langit membencinya. Kemudian tercetuslah kebencian terhadap orang itu di muka bumi.”
Leave a comment